Kedai runcit seumpama ini banyak terdapat di Desa Sri Badak.

Berniaga Kecil-kecilan Untuk Menambah Pendapatan

S

umber pendapatan penduduk di sini dijana melalui kegiatan pertanian. Di antara tanaman yang diusahakan seperti getah, kelapa sawit dan sayur-sayuran. Sektor pertanian masih lagi menjadi pilihan warga tua di kampung ini. Bagi golongan muda, mereka memilih untuk bekerja dalam sektor perkhidmatan awam, swasta atau perkilangan. Mereka bekerja di sekitar Bandar Batu Pahat dan Pekan Yong Peng. Tidak kira apa jua pekerjaan yang dilakukan ia tetap tidak menjarakkan perhubungan di antara penduduk.

 
Kelazatan kuih-muih yang dijual wanita ini menjadikan ia popular di kalangan penduduk.
 

Selain itu, ada juga anak kampung yang memilih untuk berniaga di pasar dan gerai makanan sebagai sumber pendapatan tambahan. Bagi kaum wanita, mereka lebih cenderung mengambil upah menjahit baju kurung terutamanya ketika musim perayaan.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK