Belia Kampung Parit Badak gemar bermain bola sepak pada waktu petang

Kuda Kepang Pilihan Belia

A
 
 
Aktiviti sebegini dapat mengeratkan perhubungan sesama belia

ktiviti kebudayaan bermain kuda kepang dan pasukan kompang masih menjadi pilihan golongan belia di kampung ini. Warisan kebudayaan yang diturunkan oleh generasi terdahulu menjadi keutamaan mereka. Kumpulan Kuda Kepang bukan sahaja beraksi untuk majlis-majlis rasmi anjuran jawatankuasa kampung, tetapi turut menerima undangan bagi majlis perkahwinan. Kebiasaannya mereka akan berlatih seminggu sebelum melakukan persembahan. Terdapat guru bertauliah yang mengajar dan mendidik generasi muda ini supaya tidak melupai warisan dan adat budaya masyarakat desa.

Selain itu, belia di sini juga aktif bermain bola sepak ketika waktu petang di padang sekolah berdekatan kampung. Hampir setiap petang mereka akan berkumpul dan menunjukkan bakat masing-masing dalam sukan popular ini. Mereka juga sering menyertai apa jua pertandingan yang dianjurkan di peringkat kampung dan kawasan sekitarnya. Tidak dinafikan, mereka menggunakan bakat yang dimiliki dengan sepenuhnya.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK