Pertanian Hidropinik
siah Mohamad sudah mencecah 63 tahun. Walau bagaimanapun keadaan fizikal dan kesihatan beliau yang masih cergas dan bertenaga menutup usia sebenarnya. Ini mungkin kerana berkat daripada kegiatan pertanian yang dijalankannya selama hampir 12 tahun di kediamannya di Kampung Muhibbah, Mukim Paloh. Apabila kerajaan menyarankan kaedah hidroponik untuk tanaman, Asiah tertarik dengan cara tersebut. Sebelum beliau mengetahui kaedah tanaman hidroponik, beliau sentiasa mencari jalan untuk bercucuk tanam. Namun, kerana masalah kekurangan tanah, minat tersebut tidak tercapai.
 |
|
| Tanaman Hidroponik menjimatkan ruang dan masa |
|
|
Kini kawasan pertanian hidroponik miliknya terletak di hadapan rumahnya sahaja. Kawasan seluas kira-kira 20 meter persegi diusahakannya bersama suami tercinta. Untuk memantapkan lagi pengetahuan dalam sistem hidroponik , beliau telah menghadiri beberapa kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Ayer Hitam, Kluang. Kaedah hidropinik mempuenyai keistimewaan dan begitu mudah mengusahakannya. Anda tidak perlu bersusah payah menggemburkan tanah dan menggunakan racun. Menurut beliau lagi, cuaca yang panas mempercepatkan pertumbuhan sayur-sayuran kerana tanaman akan menyedut air dengan lebih banyak.
| |
 |
| |
| Asiah Mohamad, pengusaha tanaman sayuran hidroponik |
|
Antara jenis-jenis sayuran yang ditanam ialah sawi, kangkung dan juga bayam. Sayur-sayuran yang sudah matang dijualnya ke pasar berhampiran seawal jam 5.00 pagi. Kini beliau boleh menarik nafas lega kerana sayur-sayuran yang ditanamnya telah memberikan hasil dan pendapatan yang berjaya menukar gaya hidupnya menjadi lebih selesa berbanding masa lalu.
|