Kemudahan IT di Perpustakaan Desa Paloh

Merapatkan Jurang Pengetahuan

K

asnita Abdullah sudah 10 tahun berkhidmat dengan Perpustakaan Desa Paloh. Beliau yang peramah orangnya banyak memberi maklumat berguna mengenai kawasan kediamannya itu. Menurut beliau, bangunan asal perpustakaan itu terletak di balai raya dan bangunan yang lebih besar dan selesa didirikan untuk kemudahan pengunjung.

Perpustakaan Desa Paloh mula beroperasi sejak 0gos 2000. Kebanyakan buku daripada perpustakaan ini disumbangkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Beroperasi setiap hari kecuali Jumaat pada pukul 2.00 hingga 6.00 petang perpustakaan ini boleh memuatkan sehingga 25 orang pada satu-satu masa. Sebuah bilik Internet turut disediakan di perpustakaan ini untuk kemudahan pengunjung mendapatkan maklumat.

 
Perpustakaan Desa Paloh berfungsi memberi pengunjung yang dahagakan ilmu pengetahuan
 


 
 
Penafian | Laman Web KTAK