Perpustakaan Desa Paloh

“Tanah Paya Paloh”

P

elbagai versi boleh anda dapati sekiranya menyelidik sejarah Paloh. Ia disebabkan tiada bukti sahih berbentuk monumen dan sebagainya yang boleh menjadi pengesahan peristiwa atau kejadian. Hanya yang diketahui, Paloh terkenal sebagai kubu kuat komunis pada zaman dahulu. Bekas-bekas tinggalan komunis seperti senjata pernah ditemui di ladang-ladang di sekitar kawasan kampung. Namun kini, ia hanya tinggal sejarah dan hakikatnya orang ramai tidak lagi diburu perasaan takut dan bebas menjalani kehdiupan seharian.

Sebagai mana yang diceritakan penduduk, Paloh diteroka oleh seorang penduduk berketurunan Cina bernama Ng Lin Mong pada tahun 1887. Dilahirkan di Hokkian, beliau datang ke Paloh melalui Klang, Selangor. Ada juga penduduk yang mendakwa mukim ini diteroka pada kurun ke-19. Nama Paloh berasal daripada perkataan Cina yang membawa maksud tanah paya. Ada juga yang berpendapat paloh bererti lekukan bumi.


 
 
Penafian | Laman Web KTAK