Masyarakat Bergotong-Royong
ajoriti penduduk yang menghuni kawasan Mukim Paloh adalah orang Melayu kira-kira 7,500 orang. Diikuti dengan kaum Cina seramai 7,000 orang dan lebih daripada 2,000 orang kaum India. Walaupun berlainan bangsa, mereka hidup dengan aman dan harmoni di kawasan penempatan masing-masing. Kebanyakan orang Melayu banyak menetap di kawasan-kawasan kampung manakala orang Cina tertumpu di Pekan Paloh. Pelbagai jenis penempatan didirikan di mukim ini. Majoriti penduduk kampung menetap di penempatan yang disediakan Majlis Daerah Kluang Utara seperti di Kampung Baru Paloh dan taman-taman perumahan. Selebihnya tinggal secara bertaburan di merata kawasan kampung dan juga di kediaman estet.
Bentuk muka bumi di kawasan ini bertanah pamah. Terdapat lereng-lereng bukit yang dipenuhi getah dan ladang kelapa sawit. Sesetengah kawasan di mukim ini rendah dan banjir sering kali berlaku. Walau bagaimanapun pelbagai usaha telah diambil untuk menangani masalah tersebut.
|