Buah Naga ditanam berderet

Mengkomersialkan Buah Naga

L

ebih daripada 25,000 hektar tanah digunakan untuk tujuan perladangan. Kelapa sawit adalah kegiatan utama di Mukim Paloh. Jika anda bertuah, anda dapat menyaksikan kaedah tradisional yang masih digunakan untuk mengangkut buah kelapa sawit. Di sesetengah ladang di mukim ini, kerbau digunakan untuk mengangkut buah-buah kelapa sawit ke pusat longgokan. Sebelum penggunaan kerbau, tenaga manusia digunakan untuk memikul buah kelapa sawit yang sudah masak. Terdapat lebih daripada 10 buah ladang kelapa sawit di Mukim Paloh. Antaranya Ladang Bukit Paloh, Ladang Bukit Cocok, Ladang Kempas dan juga Ladang Landak. Di Ladang Bukit Paloh sahaja seramai 600 orang penduduk yang kebanyakannya peladang menetap di situ.

 
 
Kebun Buah Naga milik Khalid Baba yang telah diusahakan sejak tiga tahun yang lalu

Selain perladangan, aktiviti pertanian yang lain turut dijalankan di sini. Ada penduduk yang mengusahkan dusun buah-buahan dan ada juga yang menanam kelapa secara kecil-kecilan. Pertanian secara berkelompok turut dijalankan seperti di Kampung Melayu Batu 4. Tanaman yang diusahakan di sini ialah seperti durian dan juga buah rambutan.

Terdapat juga penduduk yang mengusahakan kebun buah naga (buah pitaya) secara besar-besaran. Tanaman yang diusahakan selama tiga tahun itu terletak bersebelahan dengan kandang kambing ternakan Khalid Baba. Pada peringkat awal, beliau mendapat bantuan berbentuk baja dari Jabatan Pertanian Johor. Walau bagaimanapun beliau lebih gemar berusaha sendiri. Baja yang digunakannya diperoleh daripada tinja kambing ternakannya. Baja yang digunakannya telah disembur Mikroorganisma Efektif (EM) iaitu sejenis bakteria yang tidak mencemar alam sekitar. Minat yang mendalam untuk mengetahui proses tanaman buah naga membuahkan hasil. Ini adalah kerana buah naganya kini dipasarkan sehingga ke Hong Kong. Kebun seluas tiga hektar ini menghasilkan kira-kira 800 kilogram buah naga sehektar setiap bulan.

Jika hendak dianggarkan, sesorang pengusaha buan naga boleh mendapat pendapatan kira-kira RM1,500 sebulan bagi setiap satu hektar. Kiraan ini berdasrkan pada harga jualan buah naga kira-kira RM2.50 sekilogram. Bagaimanapun pendapatan mereka banyak terpengaruh kepada turun naik harga buah tersebut di pasaran disebabkan banyak atau kurangnya permintaan, saiz dan kualiti buah, cuaca dan lain-lain.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK