Pendidikan Yang Sempurna
elbagai sekolah boleh anda temui di kawasan Mukim Paloh untuk kemudahan anak-anak penduduk di sini menimba ilmu. Beberapa buah tadika, sekolah rendah, sekolah rendah jenis kebangsaan, sekolah menengah dan sekolah agama dibina bagi memenuhi keperluan pendidikan yang berbeza. Antara sekolah rendah yang terdapat di mukim ini ialah Sekolah Kebangsaan 2 Paloh yang terletak bersebelahan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Paloh. Seramai lebih daripada 300 orang murid belajar di sekolah ini dengan bimbingan seramai 25 orang guru. Manakala kira-kira 1,700 murid belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Paloh. Jumlah murid yang sebegitu ramai tidak menghalang para gurunya memberi pendidikan yang sempurna kepada anak-anak kampung.
| |
 |
| |
| Antara sekolah yang terdapat di Mukim Paloh |
|
Di bidang agama, terdapat juga beberapa buah sekolah yang menawarkan pendidikan agama seperti Sekolah Agama Paloh dan Sekolah Agama Batu 4. Penduduk yang ingin memberi kefahaman agama yang lebih mendalam kepada anak boleh menghantar anak mereka ke sekolah agama ini.
|