Perniagaan Menjana Pendapatan
egiatan eknomi terutamanya perniagaan dilakukan hampir 90 peratus penduduk bukan Bumiputera khususnya di Pekan Paloh. Mereka terlibat dengan perniagaan kedai perabot, kedai runcit, kedai makan dan sebagainya. Kaum Bumiputera pula terlibat dalam perniagaan seperti membuka restoran dan gerai-gerai makanan di premis yang disediakan Majlis Daerah Kluang Utara (MDKU). Turut dimiliki oleh peniaga Bumiputera ialah perniagaan sebuah kedai perabot, klinik dan juga kedai runcit yang menjual barangan keperluan harian.
Kaum wanita turut tidak ketinggalan melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Di Jalan Biru 1, terdapat seorang wanita yang giat mengusahakan pelbagai jenis kerepek. Zarina Bejau, 53 membuat kerepek kacang dal, tepung pedas dan juga kuih deram. Kuih deram buatannya digemari ramai kerana rasanya yang manis. Beliau yang merupakan penduduk jati di sini telah menjalankan perniagaan ini selama 30 tahun. Beliau turut menerima tempahan menjahit untuk menambah pendapatan. Hasil pekerjaannya, beliau berupaya membesarkan lima orang anak.
|