Klinik Inisiatif Rakan Bayi
ebuah klinik kesihatan terdapat di Mukim Paloh. Terletak di atas bukit Jalan Klinik, klinik kerajaan ini dikunjungi penduduk di kawasan mukim ini kerana bayaran yang serendah RM1.00 ditambah pula dengan pelbagai perkhidmatan kesihatan disediakan. Seorang pembantu perubatan, empat jururawat kesihatan dan jururawat masyarakat serta seorang pemandu ambulans ditugaskan di sini. Kebiasannya seorang doktor dari Klinik Kesihatan Jalan Mengkibol, Kluang akan datang seminggu sekali pada setiap hari Selasa. Pelbagai perkhidmatan kesihatan dijalankan di sini antaranya perkhidmatan farmasi, pergigian, kauseling kesihatan dan rawatan untuk pesakit luar. Walau bagaimanapun keutamaan diberikan kepada kes-kes kecemasan melibatkan warga tua, orang kurang upaya dan kanak-kanak yang berusia tiga tahun ke bawah.
“Klinik Kesihatan Paloh telah diiktiraf sebagai Klinik Inisiatif Rakan Bayi (IKRAB) kerana komitmen kaki tangannya menjayakan penyusuan susu ibu.” |
|
| |
|
Klinik Kesihatan Paloh telah diiktiraf sebagai Klinik Inisiatif Rakan Bayi (IKRAB) kerana komited dalam melaksanakan 12 langkah untuk menjayakan penyusuan susu ibu. Klinik yang pernah memenangi anugerah “landscape” tercantik ini mudah untuk ditemui kerana kedudukannya yang terletak berhampiran Pejabat Pos Paloh dan Stesen Kereta Api Paloh. Selain klinik kesihatan, hospital yang paling hampir untuk dikunjungi terletak di Kluang iaitu kira-kira 40 kilometer dari sini. Juga terdapat sebuah klinik desa yang terletak di Kampung Melayu Batu 4.
|