Pasukan Bomba Sukarela

B

alai Polis Paloh terletak di Pekan Paloh berhampiran beberapa buah kedai runcit di situ. Balai Polis ini bertanggungjawab dalam soal keselamatan penduduk kampung di sekitar Mukim Paloh. Balai polis ini boleh dihubungi di talian 07-7811222 untuk sebarang aduan jenayah dan sebagainya.

 
Misran Dolah, Anggota Rela Taman Melati
 

Selain itu, terdapat sebuah bangunan Pasukan Bomba Sukarela yang terletak di Jalan Datuk Au. Oleh kerana balai bomba terdekat terletak di Bandar Kluang sejauh 30 minit sehingga 45 minit pemanduan dari Paloh, maka pasukan sukarela ini bertanggungjawab untuk ke tempat kejadian terlebih dahulu. Ini adalah untuk mengelakkan kebakaran yang lebih teruk daripada berlaku.

Ketua Sukarelawan Bomba, Tan Swee Guan berkata, kebiasaannya pihak polis akan memaklumkan kepada mereka sekiranya terdapat kejadian kebakaran atau kes-kes kecelakaan yang memerlukan bantuan bomba. Sementara menunggu kakitangan Balai Bomba Kluang datang, merekalah yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tindakan awal. Seramai 20 orang penduduk menganggotai Pasukan Bomba Sukarela tersebut. Kebiasannya pada setiap minggu, mereka akan menghadiri kursus-kursus dan taklimat berkenaan dengan tugas mereka.

 
 
Tan Swee Gan, Ketua Sukarela Bomba

Terdapat juga Pertubuhan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) di kawasan ini. Beberapa buah pondok RELA didirikan untuk kegunaan anggotanya bermesyuarat dan sebagainya. Menurut Misran Dolah, salah seorang anggota RELA Taman Melati, antara operasi yang pernah melibatkan beliau ialah rondaan bersama pihak polis untuk memantau keadaan kawasan Mukim Paloh. Selain itu, kerjasama bersama pihak Imigresen turut dilakukan untuk memantau kehadiran pendatang asing. Beliau juga terlibat menjaga keselamatan orang ramai dan lalu lintas jika terdapat acara-acara atau aktiviti yang dijalankan di sekitar kampung.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK