Kehidupan Berkualiti

S

esuatu penempatan yang dibina tidak sah sekiranya tidak dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang paling asas diikuti kemudahan prasarana untuk orang ramai. Oleh itu pelbagai kemudahan disediakan oleh kerajaan untuk keselesaaan penduduk sekali gus orang awam yang datang berkunjung. Boleh dikatakan hampir 80 peratus daripada jumlah penduduk di sini mendapat bekalan elektrik dan hampir 95 peratus mendapat bekalan air bersih yang dibekalkan Syarikat Air Johor Berhad. Oleh itu, kemudahan yang diberikan telah memberi kehidupan yang berkualiti kepada penduduk setempat.

Di samping itu, kemudahan awam untuk rakyat tidak pernah dilupakan. Pasar Awam Paloh yang terletak tidak jauh dari Perhentian Bas Paloh menjadi tumpuan pekebun-pekebun kecil menjual hasil tanaman mereka kepada penduduk sekitar. Sebuah pasar baru kini dalam pembinaan untuk kemudahan peniaga dan keselesaaan pengunjung. Bangunan pasar baru ini hanya terletak berhadapan dengan pasar yang sedia ada.

Sebuah pejabat pos turut dibina bagi kemudahan penduduk mengendalikan urusan surat-menyurat, pembayaran bil dan sebagainya. Terletak di Jalan Station, bangunan ini mempunyai keunikan yang tersendiri. Seni binanya yang berunsurkan tradisional menggamit pandangan orang ramai yang lalu di sini.

Bagi tujuan ibadat, tempat-tempat beribadat untuk pelbagai kaum juga dibina di sini. Beberapa buah masjid dan surau dibina untuk kegunaan umat Islam menunaikan kewajipan mereka. Juga dibina beberapa tokong, kuil dan juga gereja untuk mereka yang bukan beragama Islam. Tanpa mengira bangsa dan agama yang dianuti, masing-maing begitu selesa menunaikan tanggungjawab mengikut cara dan agama mereka.


 
 
Penafian | Laman Web KTAK