Mukim Paloh
erdapat kira-kira 160 buah rumah dibina di pekan kecil ini. Lebih 140 buah rumah yang dibina merupakan rumah-rumah kampung yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisional masyarakat Melayu iaitu rumah separuh batu dan kayu atau keseluruhannya kayu.
Antara kampung-kampung yang terdapat di mukim ini ialah Kampung Muhibbah, Kampung Melayu Batu 4, Kampung Baru Paloh, Kampung Merdeka dan juga Kampung Central Paloh. Kampung-kampung ini dihubungkan melalui jalan-jalan yang masih bertaraf jalan kampung. Kampung-kampung sekitar juga banyak dihuni oleh orang-orang Melayu.
Di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kluang Utara (MDKU), penempatan-penempatan baru diwujudkan dengan prasarana yang lebih selesa. Antara taman-taman perumahan yang terdapat di Mukim Paloh ialah Taman Kota Paloh, Taman Sri Paloh dan Taman Melati. Terdapat juga kawasan perumahan estet di ladang-ladang kelapa sawit yang disediakan oleh para majikan. Kawasan perumahan ini dibina secara berkelompok berhampiran ladang-ladang tempat penduduk bekerja. |