Bekerjasama Menjayakan Aktiviti
awatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Muhibbah, salah sebuah kampung yang terletak di Mukim Paloh diketuai Encik Abu Bakar Sulaiman. Penubuhan JKKK bertujuan untuk memastikan pembangunan kampung terancang dan terjamin. Selain itu, ia turut bertujuan menyatu-padukan penduduk melalui pelbagai aktiviti atau program komuniti. Ini biasanya dilakukan dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Perpaduan Negara dan lain-lain. Kampung-kampung di mukim ini diketuai oleh beberapa orang Ketua Kampung atau Ketua Masyarakat.
| |
 |
| |
| Aktiviti gotong-royong mengakrabkan lagi hubungan sesama penduduk |
|
Di beberapa tempat di kampung berkenaan sering berlaku banjir kilat disebabkan kedudukanya yang agak rendah. Apabila berlaku hujan lebat, tempat-tempat ini kerap ditenggelami air. Oleh sebab itu JKKK dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah kini dalam proses untuk menaik tarafkan jalan-jalan bagi mengatasi msalah tersebut.
Selain itu, gotong-royong sering diadakan terutamanya dalam kenduri-kendera dan menyambut majlis-majlis tertentu seperti Maulidur Rasul. Majlis-majlis sebegini dianjurkan oleh Biro Agama dan Kebajikan JKKK dengan kerjasama padu para penduduk kampung. Kebiasannya majlis dilangsungkan di Masjid Jamek, Paloh.
|