Aktiviti Perniagaan Sebagai Sumber Pendapatan

J

ika dahulu pekerjaan di ladang kelapa sawit dilakukan oleh penduduk kampung tetapi kini ia semakin berkurangan terutama kepada golongan muda. Mungkin kerana taraf pendidikan yang semakin tinggi, anak-anak muda kampung kini lebih suka memilih kerjaya makan gaji di jabatan-jabatan kerajaan atau swasta. Mereka yang bekerja makan gaji tertumpu di pekan-pekan seperti Kluang dan Yong Peng. Malah terdapat juga yang bekerja di tempat-tempat lain dan hanya kembali ke kampung pada masa-masa tertentu seperti cuti panjang atau sewaktu hari raya. Tidak terkecuali terdapat juga di kalangan penduduk yang bekerja sendiri seperti berniaga keci-kecilan dan bercucuk tanam untuk mencari sesuap nasi.

 
Menjual ABC secara kecil-kecilan sekali gus menyumbang kepada pendapatan
 

Pekerja-pekerja di ladang kelapa sawit rata-rata adalah golongan tua iaitu ibu bapa kepada anak-anak muda sekarang. Melalui pendapatan sebagai pekerja ladanglah anak-anak dibesarkan termasuk menyara pengajian mereka di menara gading.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK