| |
Walaupun di kiri kanan dipenuhi tumbuh-tumbuhan yang menghijau, ia bukanlah bererti kawasan ini dipenuhi hutan belukar. Tidak bermakna kampung ini tidak mendapat pembangunan. Kalaupun dikelilingi hutan, kadang-kala ia memberi kebaikan kepada penduduknya. Kampung yang dikelilingi banyak pokok biasanya belum lagi tercemar. Tentulah nyaman udaranya jika kita menyedut dan bernafas pada waktu pagi. Namun di Kampung Paloh kerana ia kawasan pertanian, sebahagian besar tanah di sekitarnya dipenuhi kelapa sawit . Kira-kira 40,000 hektar tanah-tanih di sini amat sesuai untuk pelbagai tujuan pertanian.
|