Belia Berniaga
ewujudan pelbagai jenis perniagaan di Pekan Paloh secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan kepada para belia di kawasan ini. Ada belia yang bekerja di kedai-kedai runcit, bengkel membaiki kenderaan, gerai-gerai makanan dan lain-lain sebagai sumber pendapatan.
Seperti contoh Nurul Asyura Kamet,19 dan Nurhayati Suppe, 22 tahun. Kedua-duanya menjadi pembantu di sebuah kedai menjual telefon bimbit. Pendapatan yang diperolehi walaupun rendah sekiranya dibandingkan pendapatan mereka yang di bandar, namun disebabkan kos hidup yang rendah di kampung menjadikan mereka bersyukur dengan pendapatan yang diperolehi. Pekerjaan sebagai pembantu kedai sekali gus memberi pengetahuan kepada mereka tentang selok-belok dunia perniagaan. Nurul Asyura bekerja di kedai yang turut menawarkan khidmat fotostat hanya sebagai mengisi masa lapang. Beliau kini sedang menunggu panggilan untuk meneruskan pengajian ke institusi pengajian tinggi tempatan.
| |
 |
| |
| Nurul Asyura dan Nurhayati turut bekerja bagi membantu keluarga mereka |
|
|