Penghasilan Kuih Baulu Menggunakan Kaedah Tradisional
erhadapan dengan Masjid Al-Ukhwah Kampung Padang, terdapat sebuah lorong yang menghubungkan penempatan kampung dan sebuah rumah pangsa. Sekiranya anda melalui lorong tersebut jangan terlepas pandang kerana terdapat sebuah pusat pembuatan makanan tradisional yang diusahakan oleh seorang ibu tunggal berjiwa cekal.
Hajah Zaleka Salim Wanita Berhati Waja
 |
|
| Memasak kuih bakar menggunakan kaedah tradisional |
|
|
Projek Makanan Hajah Zaleka Salim hampir mencecah 20 tahun. Tempat penghasilan kuih tradisionalnya terletak hanya beberapa langkah dari kediaman beliau. Dua jenis kuih tradisional dihasilkan beliau iaitu kuih bakar dan baulu tradisional. Kuih-kuih tradisional beliau sangat istimewa kerana ia menggunakan kaedah lama, iaitu dibakar dengan kayu api. Apabila ditanya sama ada beliau ingin menggunakan kaedah moden, beliau menolak sama sekali. Menurutnya, rasa kuih bakar yang dibuat menggunakan kaedah tradisional mempunyai rasa unik dan digemarai ramai.
Beliau mendapat bantuan peralatan memasak dan khidmat nasihat serta sokongan daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Beliau turut dibantu oleh anak saudaranya yang amat pakar dalam tatacara menghasilkan kuih tersebut. Antara kuih baulu yang dihasilkan oleh beliau ialah Baulu Pusing, Baulu Ikan dan Baulu Cermai. Sekiranya beliau menerima banyak tempahan, beliau akan mengupah beberapa orang kampung untuk membantunya. Pendapatan yang diperoleh hasil daripada kuih-muih tradisionalnya mampu membesarkan tiga orang anaknya. |