Kanak-kanak juga tidak ketinggalan

Memberi Peluang Kepada Penduduk Kampung

P

erpustakaan Desa Siber Ilmu (PDSI) Kampung Padang diselia oleh Fareza Yusof. Beliau telah bertugas sejak PDSI mula dibuka. Perpustakaan yang berukuran 139 meter persegi boleh memuatkan sehingga 40 orang pada satu-satu masa. Penduduk yang ingin meminjam buku di sini perlu membayar yuran perkhidmatan sebanyak RM2.20 setahun.

 
 
Pelbagai jenis buku boleh didapati di Perpustakaan Desa Kampung Padang

Untuk menjadi ahli, penduduk perlu mendaftar dengan mengisi borang keahlian. Salinan surat beranak bagi kanak-kanak dan kad pengenalan bagi orang dewasa diperlukan bagi proses ini. Pihak perpustakaan kemudiannya akan menyediakan kad keahlian bagi membolehkan ahli mengakses internet tanpa sebarang bayaran.

Menurut beliau, langkah kerajaan yang menyediakan pelbagai kemudahan di dalam perpustakaan desa sangat dialu-alukan oleh penduduk di sini. Lebih-lebih lagi kedudukan perpustakaan yang berhampiran dengan tabika dan sebuah sekolah agama membuka peluang kepada para pelajar dan ibu bapa untuk mengakses maklumat di perpustakaan.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK