Pusara Datuk Dusun

Diteroka Oleh Penduduk Padang Indonesia

M

enurut cerita yang diwarisi sejak turun temurun, Kampung Padang mula diteroka pada awal kurun ke-18. Kawasan ini dahulunya dipenuhi hutan belukar dan paya. Nama Kampung Padang terhasil melalui peneroka awal yang berasal dari Padang, Pulau Sumatera. Tujuan mereka datang ke kawasan ini untuk membuka sawah padi. Tidak hairanlah suatu waktu dahulu lebih daripada 70 peratus kawasan kampung dipenuhi sawah padi. Peneroka-peneroka ini kemudiannya berkahwin dengan penduduk tempatan seterusnya menambah populasi penduduk kampung.

 
Salah satu peninggalan sejarah
 

Pernah suatu ketika hujan tidak turun selama berminggu-minggu di kampung ini. Oleh kerana ketika itu sawah padi menjadi sumber pendapatan utama penduduk, penduduk kampung menjadi tidak tentu arah dan risau sekiranya tanaman padi yang diusahakan tidak berhasil. Oleh itu mereka telah berusaha dengan pelbagai cara dan berdoa memohon supaya hujan turun. Dalam berusaha itulah, terdapat segelintir penduduk yang berdoa di makam Datuk Dusun yang dianggap oleh penduduk sebagai seorang yang alim. Makam Datuk Dusun kini terletak di hujung jalan Taman Sri Pandan dan dipelihara dengan baik bagi mengekalkan nilai sejarahnya.

“Nama Kampung Padang terhasil melalui peneroka awal yang berasal dari Padang, Pulau Sumatera.”

 
   
 
 
Penafian | Laman Web KTAK