Amalan Tradisi Menjadi Pegangan
erslogankan “Bersatu, Berpadu, Maju,” penduduk Kampung Padang menjadikannya sebagai landasan untuk menjalani kehidupan yang sejahtera. Rata-rata penduduk kampung akrab menjalinkan hubungan baik sesama mereka. Mereka masih mengamalkan budaya kehidupan yang berteraskan masyarakat Melayu tradisional seperti amalan ziarah-menziarahi, bergotong royong dan berbuat baik sesama jiran. Permuafakatan dan kerjasama yang wujud hasil hubungan akrab menjadikan kawasan Kampung Padang begitu harmoni.
“Penduduk Kampung Padang menjadikan slogan “Bersatu, Berpadu, Maju” sebagai amalan hidup”. |
|
| |
|
Muka bumi Kampung Padang bertanah rata dan dipenuhi kawasan-kawasan perumahan. Dianggarkan seramai 5,000 orang penduduk menginap di kampung ini yang majoritinya berbangsa Melayu diikuti dengan kaum Cina dan India. Orang-orang Melayu kebanyakannya tinggal secara bertaburan di sekitar kawasan kampung malah ada yang tinggal di penempatan baru seperti di rumah pangsa dan sebagainya. Kaum Cina dan India pula memilih untuk tinggal secara berkelompok di taman-taman perumahan.
|