Kacang bendi

Kebun Sayur-sayuran Dan Buah Menjadi Pilihan

K

egiatan pertanian bukanlah satu kegiatan yang utama bagi penduduk Kampung Padang. Namun begitu, terdapat penduduk yang menanam beberapa jenis sayuran dan buah-buahan untuk kegunaan sendiri dan ada yang menjualnya di pasar-pasar berhampiran.

 
Kebun sayur yang menghijau milik Gan
 

Gan Way Min merupakan salah seorang penduduk kampung yang memiliki sebuah kebun di Taman Pandan Malim. Beliau memilih bidang pertanian sebagai sumber pendapatannya sekali gus menyahut seruan kerajaan bagi menjadikan kegiatan pertanian sebagai satu perniagaan. Lima hektar kebun kepunyaan beliau dipenuhi dengan pelbagai jenis sayuran antaranya kacang bendi, cili, timun, serai, terung dan kacang panjang. Beliau turut menanam buah-buahan seperti tembikai dan lain-lain.

Dalam mengendalikannya, Way Min mendapat bantuan berbentuk baja dan racun daripada Pejabat Pertanian Melaka Tengah. Dibantu oleh tiga orang pekerja, beliau memang tidak menang tangan tambahan pula beliau sendiri yang perlu menjaja menjual hasilnya di kawasan-kawasan perumahan seperti di Hujung Pasir, yang jaraknya kira-kira lima kilometer dari kebunnya.

 
 
Selain cili, bendi, timun dan terung turut ditanam di kebun Gan

Menurut Izat Idris, Pembantu Pertanian yang menyelia kawasan pertanian sekitar Kampung Padang, terdapat juga beberapa penduduk yang mengusahakan tanaman lain seperti jagung, ubi kayu dan tembakau. Beliau bukan sahaja memantau kegiatan pertanian yang dilakukan pekebun-pekebun ini malah mengambil kira permasalahan yang dihadapi oleh mereka.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK