Aneka Pilihan Pendidikan

T

abika KEMAS Kampung Padang mula beroperasi pada 3 Julai 2001. Dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali Mohd Rustam, tabika ini mempunyai dua buah bangunan. Seramai 64 orang kanak-kanak belajar di tabika ini. Pelajar-pelajar ini dibimbing oleh tiga orang guru. Menurut salah seorang tenaga pengajarnya, Esah Mohd Som, tabika ini dibuka dari pukul 8.00 hingga 11.30 pagi. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bertanggungjawab dalam segala hal ehwal tabika ini.

Antara sekolah yang terdapat di kawasan Kampung Padang ialah Sekolah Rendah Agama JAIM Kampung Padang, Sekolah Kebangsaan Bachang, Sekolah Menengah Malim dan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Malim.

Selain itu, terdapat sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang terletak tidak jauh dari Kampung Padang iaitu Politeknik Kota Melaka di Plaza Pandan Malim, kira-kira 10 minit pemanduan dari Kampung Padang. Politeknik ini menawarkan pengajian di peringkat sijil bagi mereka yang berminat dalam pelbagai jenis bidang kemahiran. Antaranya adalah Sijil Kejuruteraan Awam, Elektronik, Perdagangan dan Mekanikal.


 
 
Penafian | Laman Web KTAK