Pantai Klebang dipenuhi belia untuk bermain bola sepak pantai

Tarikan Alam Semula Jadi Pantai Klebang

W

alaupun tiada tempat pelancongan yang menarik di Kampung Padang, namun terdapat beberapa pantai berhampiran yang terletak kira-kira lima hingga 10 minit perjalanan.

 

 
Aktiviti riadah di Pantai Puteri
 

Pantai Klebang dan Pantai Puteri

Pantai Klebang menjadi tumpuan pengunjung yang ingin menikmati pemandangan laut seluas saujana mata memandang. Selain itu, mereka turut datang untuk menikmati pelbagai jenis makanan di gerai dan kedai-kedai yang terletak di sepanjang pantai. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini seperti berkelah, menaiki bot dan bermain layang-layang.

Bagi mereka yang ingin mandi-manda pula, bolehlah mengunjungi Pantai Puteri yang hanya mengambil masa 15 minit berkereta dari Pantai Klebang. Pelbagai kemudahan disediakan di pantai ini seperti gelanggang untuk permainan bola sepak pantai, bola tampar dan lain-lain. Sebuah menara kawalan turut dibina untuk memantau perairan laut.

Masjid Tengkera

Masjid Tengkera merupakan sebuah masjid lama dengan seni bina yang unik. Masjid yang terletak tidak jauh dari Kampung Padang dibina pada tahun 1728 Masehi dan merupakan masjid kedua tertua di Negeri Melaka. Keunikan masjid ini ialah seni binanya yang menggabungkan seni bina Cina dan Islam. Masjid ini mempunyai bentuk yang sama dengan Masjid Demak di Tanah Jawa Indonesia. Hasil seni binanya sangat halus di segenap sudut. Batu marmar Cina yang indah menghiasi pintu masuk, tingkap, dinding, tangga, mimbar dan juga pintu gerbangnya.

 
 
Mimbar masjid yang halus ukirannya
 
 
Penafian | Laman Web KTAK