‘Nasi Ayam Istimewa Kampung Padang’ Pembuka Selera

K

ampung Padang terletak kira-kira tiga kilometer dari Bandar Melaka. Di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Kampung Padang adalah sebuah kampung kecil yang terletak berhampiran dengan Pokok Mangga. Sama ada dari Johor Bahru atau Kuala Lumpur, anda perlu melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dan keluar ke Simpang Empat Alor Gajah. Anda akan melalui jalan untuk ke Melaka Tengah, Bandar Melaka dan Jasin. Untuk sampai ke Kampung Padang, anda perlu keluar ke Simpang Malim.

 
Nasi Ayam Istimewa Kampung Padang dijual dengan harga berpatutan
 

“Anda mungkin menyesal atau “kempunan” jika tidak merasa Nasi Ayam Istimewa Kampung Padang”

 
   

Setibanya anda di kampung ini, anda mungkin menyesal atau “kempunan” jika tidak merasa Nasi Ayam Istimewa Kampung Padang. Terletak berhampiran Taman Pandan Perdana, kedai makanan ini diusahakan oleh seorang penduduk kampung bersama suaminya. Kebiasaannya, pelanggan yang datang ke sini akan kembali lagi atau memperkenalkanya kepada rakan-rakan lain.

Perpustakaan Desa Siber Ilmu Kampung Padang pula terletak di antara Tabika KEMAS Kampung Padang dan Sekolah Agama Rakyat Kampung Padang. Kedudukannya yang strategik memudahkan orang ramai menggunakan kemudahan yang terdapat di sini. Perpustakaan ini telah dirasmikan pada Julai 2001.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK