Keluasan Kampung Hanya 50 Hektar

K

ampung Padang berdekatan dengan kampung-kampung sekitar yang lain. Misalnya, dari Kampung Padang ke Taman Pokok Mangga dan Taman Seri Mangga hanyalah lima minit perjalanan menggunakan kereta. Antara taman-taman perumahan yang terdapat di sekitar Kampung Padang ialah Taman Pandan Perdana, Taman Pokok Mangga, Taman Seri Mangga dan Taman Asean. Bagi menampung pertambahan penduduk yang semakin meningkat, sebuah penempatan baru turut dibina di samping seunit rumah pangsa untuk golongan berpendapatan rendah.

Selain itu, Kampung Padang turut dikelilingi beberapa buah kampung. Antaranya Kampung Pokok Mangga, Kampung Limbungan, Kampung Lorong Pandan, Kampung Merang dan Kampung Balai Panjang. Kampung-kampung ini dihubungkan di antara satu sama lain melalui kegiatan pertanian, urusan perniagaan dan juga aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, kenduri-kendara dan lain-lain.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK