Bilik Gerakan Kampung Padang

Tunggak Pembangunan Desa

J

awatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Padang dipengerusikan oleh Mohd Noor Abdul Raman. JKKK ditubuhkan untuk memastikan pembangunan kampung terancang dan terjamin. JKKK turut bekerjasama menjayakan apa-apa program atau projek yang dijalankan di bawah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

“JKKK turut bekerjasama menjayakan apa-apa program atau projek yang dijalankan di bawah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) ”

 
   

Pelbagai kegiatan dijalankan oleh JKKK antaranya Sesi Dialog bersama Balai Polis Malim. Tujuan Dialog ini diadakan ialah untuk memastikan penduduk Kampung Padang bekerjasama dengan pihak polis dalam kebanyakan perkara terutama yang membabitkan aspek keselamatan. JKKK turut berganding bahu bersama pihak polis dalam hal-hal berkaitan kehadiran pendatang warga asing.

Di bawah Biro Kemudahan Awam dan Infrastruktur pula, pelbagai projek dirancang bagi menaik taraf kemudahan penduduk kampung. Antaranya ialah projek membersihkan kawasan-kawasan kemudahan awam dan membaik pulih prasarana yang rosak.

Selain itu terdapat biro-biro lain yang bertanggungjawab dalam bidang kuasa masing-masing. Antara biro berkenaan ialah Biro Belia, Wanita dan Sukan, Biro Anti Dadah dan juga Biro Ekonomi dan Pertanian. Biro Anti Dadah misalnya banyak menganjurkan aktiviti atau bengkel-bengkel mengenai bahaya najis dadah dengan sasarannya ialah golongan remaja dan belia.


 
 
Penafian | Laman Web KTAK