Bekerja Sendiri Menjadi Pilihan

M

ajoriti penduduk Kampung Padang memilih untuk bekerja sendiri. Pelbagai jenis perniagaan dilakukan oleh penduduk kampung demi mencari rezeki masing-masing. Ada yang menawarkan perniagaan jenis perkhidmatan seperti salun-salun kecantikan, kedai dobi, bengkel kereta dan sebagainya. Kemahiran dan kepakaran yang ada digunakan sebaik mungkin sekali gus dapat menyumbang kepada duit poket mereka.

Namun, ada juga penduduk kampung yang bekerja dengan sektor swasta seperti di syarikat-syarikat milik anak tempatan. Malah ada penduduk yang memilih untuk bekerja dengan kerajaan. Penduduk Kampung Padang kini dapat mengecap kehidupan selesa dan mensyukuri setiap rezeki yang dikurniakan Tuhan. Walau bagaimanapun, mereka tetap berusaha dalam meningkatkan taraf hidup masing-masing sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK