| |
Rata-rata penduduk Kampung Padang memilih bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan keluarga. Pelbagai perniagaan dilakukan oleh penduduk kampung di sini seperti salun kecantikan, kedai dobi, bengkel membaiki kereta, kedai makan, kedai runcit dan pusat mencuci kenderaan. Segala kemahiran, ilmu pengetahuan dan kepakaran dalam sesuatu bidang digunakan sebaik mungkin dan dijadikan sebagai “modal” mencari rezeki. Kaum wanita di Kampung Padang turut membantu mencari pendapatan sampingan keluarga. Ada yang terlibat dalam perusahaan membuat kuih tradisional seperti kuih bakar dan kuih baulu. Pendapatan yang diperoleh sedikit sebanyak membantu menambah pendapatan isi keluarga.
|