Belia Menjamin Kestabilan Ekonomi
elia yang sihat dan tajam mindanya diperlukan oleh negara bagi menjamin kestabilan ekonomi sekali gus memastikan negara sentiasa aman dan sejahtera. Jumlah belia Kampung Padang hampir mencecah 1,000 orang. Belia di sini turut tidak ketinggalan menyahut seruan kerajaan.
“Jebat Snow Wash”
| |
 |
| |
| Masa lapang diisi dengan kegiatan berfaedah |
|
Pelbagai kegiatan ekonomi diwujudkan melibatkan para belia di Kampung Padang seperti pembukaan sebuah pusat mencuci kenderaan. Terletak di Jalan Pokok Mangga, ‘Jebat Snow Wash’ menawarkan perkhidmatan yang pantas. Empat orang belia kampung yang cergas dan bertenaga ditugaskan untuk menjalankan operasi di pusat mencuci kereta.
Mohd Kamil Rahim, 17 tahun adalah antara belia yang bekerja di sini. Pusat mencuci kereta milik ayahnya hanya dikunjungi pada sebelah petang, iaitu selepas selesai sesi persekolahan. Menurut beliau yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini, aktiviti ini dilakukannya setelah penat mengulang kaji pelajaran. Di samping itu, tenaga yang disumbangkannya turut berbaloi apabila mendapat upah yang boleh digunakanya untuk perbelanjaan sekolah.
|