Aktiviti Sosial Dan Kemasyarakatan

 
 
Golongan suri rumah berniaga kecil-kecilan bagi mengurangkan beban suami
A

ktiviti wanita Kampung Sagil Parit 3 dipantau oleh Biro Wanita, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Antara aktiviti yang sering dianjurkan ialah kelas berzanji, latihan marhaban dan kelas Fardu Ain. Aktiviti ini diadakan pada setiap minggu dan diketuai oleh seorang guru agama wanita yang berpengalaman.

Kaum wanita di sini turut terlibat dalam aktiviti-aktiviti sampingan seperti kelas menjahit dan kelas masakan. Ada juga yang menceburi perniagaan kecil-kecilan seperti menjual pisang goreng dan membuka kedai runcit. Secara tidak langsung, perniagaan ini menjadi sumber pendapatan sampingan buat mereka.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK