Mengakses Maklumat
 |
|
Kemudahan komputer dan internet dinikmati semua peringkat umur |
|
|
erkhidmatan Pemberian Sejagat (USP) Fasa 5 merupakan hasil usaha Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK). Perkhidmatan ini memberi peluang kepada penduduk luar bandar menggunakan kemudahan komputer serta peralatan-peralatan yang disediakan seperti mesin pencetak, pengimbas dan mencari maklumat melalui Internet.
Perkhidmatan ini sekurangnya telah merapatkan jurang digital di kalangan penduduk luar bandar. Golongan pelajar juga mendapat pelbagai faedah melalui perkhidmatan yang disediakan oleh pihak KTAK. Antaranya mereka boleh mengakses maklumat yang diperlukan tanpa perlu membuang duit kerana penggunaan Internet di dalam perpustakaan ini adalah percuma.
Perpustakaan Desa Sagil terletak betul-betul di tengah kampung dan berkongsi di Balai Raya Kampung Sagil Parit 3. Perpustakaan desa ini dikendalikan oleh seorang Penyelaras Perpustakaan, Rosli Tukiran. Beliau telah berkhidmat sejak tahun 1994 sebaik perpustakaan dibuka. |