“Sa’it”
ama Sagil dipercayai berasal dari perkataan Cina iaitu “Sa’it” yang bermakna Pasir Bahagia. Masyarakat Cina dari sebelah utara Johor mula meneroka kawasan Pekan Sagil selepas perang dunia pertama meletus. Mereka kemudiannya telah membuka ladang-ladang dan menanam ubi kayu dan gambir secara berkelompok.
“Puak Kong Fu yang memberi nama “Sa’it” berikutan keadaan tanah Pekan Sagil yang berpasir” |
|
| |
|
Masyarakat Cina ini terbahagi kepada tiga puak iaitu Puak Khek, Puak Hokkien dan Puak Kong Fu. Antara tiga kumpulan ini, puak Kong Fu merupakan kumpulan kongsi gelap yang terbesar. Puak inilah yang memberi nama “Sa’it” berikutan tanah yang berpasir di kawasan Pekan Sagil.
Kampung Sagil Parit 3 pada awalnya adalah sebuah kawasan hutan belantara yang tebal dan berpaya. Ia mula diterokai pada tahun 1929 oleh Imam Saat Ali. Kebanyakan penduduk asal waktu itu merupakan masyarakat dari sekitar Johor dan penduduk dari Tanah Jawa, Indonesia.
Kini hampir 80 tahun berlalu, Kampung Sagil Parit 3 telah jauh membangun. Pelbagai kemudahan telah disediakan oleh kerajaan baik dari segi prasarana serta perhubungan komunikasi.
|