Penempatan Sistematik

 
 
Beramah mesra tidak kenal usia, bangsa dan agama
K

ampung Sagil Parit 3 mempunyai kira-kira 850 orang penduduk di mana semuanya adalah kaum Melayu yang beragama Islam. Tatacara hidup masyarakat di sini masih lagi berlandaskan kepada adat tradisional Melayu dan berpegang teguh kepada akidah Islam. Meskipun hidup di kawasan pedalaman, masyarakat kampung sentiasa berganding bahu dan bermuafakat bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian kampung.

Terdapat pelbagai jenis pola penempatan di sini. Sebahagian besar penduduk kampung membina rumah secara berderet di sepanjang jalan raya yang merupakan sistem perhubungan utama penduduk. Kawasan penempatan yang begitu sistematik membuatkan para pengunjung terasa seperti berada di sebuah tanah rancangan. Ibarat sebuah bandar kecil, kampung ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan prasarana.

Kejayaan anak-anak muda kampung dalam bidang akademik telah mempengaruhi kadar celik huruf di kalangan penduduk. Justeru tidak hairanlah kiranya penduduk di sini turut tidak ketinggalan dalam pelbagai isu semasa yang melanda tanah air.

Kampung Sagil Parit 3 pernah menyandang Naib Johan dalam Pertandingan Keceriaan Kampung Daerah Muar beberapa tahun yang lalu hasil daya kreativiti tinggi penduduk kampung menghias landskap dan mencantikkan kawasan kampung.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK