Getah Menjanjikan Pulangan Lumayan

G

etah asli membantu menjana sumber ekonomi penduduk Kampung Sagil Parit 3. Dianggarkan 90 hektar tanah sekitar Kampung Sagil Parit 3 ditanam dengan pokok getah. Harga getah yang semakin tinggi di pasaran dunia telah memberi pulangan lumayan kepada para penoreh di sini. Jikalau dahulu harga getah hanya sekitar RM1.00 sekilogram, tetapi kini ia mencecah sehingga RM3.00 sekilogram. Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) juga memberi bantuan berupa baja dan anak pokok getah bagi meringankan beban hidup para penoreh.

 
 
Penoreh getah yang tidak mengenal erti penat

Ada juga penduduk kampung yang menanam pokok sawit untuk menampung perbelanjaan keluarga. Harga sawit yang turut meningkat di pasaran dunia telah mendorong kepada penanaman semula pokok sawit yang suatu ketika dahulu tidak diusahakan oleh penduduk kampung.

Selain itu, ada juga yang terlibat dalam kegiatan menanam sayur-sayuran seperti cili, kacang panjang, timun dan kangkung. Secara tidak langsung, aktiviti ini mampu memberi pendapatan alternatif kepada para penduduk Kampung Sagil Parit 3.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK