Kemudahan Pendidikan Yang Sempurna

R

ata-rata golongan muda di Kampung Sagil Parit 3 menikmati kemudahan pendidikan yang sempurna. Kebanyakan mereka bersekolah di sekitar kawasan Parit Sagil dan pekan yang berdekatan. Terdapat beberapa sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah rendah agama, tadika dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) di sini.

“Penglibatan generasi muda dalam aktiviti seperti ini menjadi contoh kepada pelapis generasi akan datang. ”

 
   

Kemudahan pengangkutan awam dan bas sekolah memudahkan anak-anak penduduk kampung mendapat pendidikan walaupun jarak sekolah agak jauh dari kampung. Tahap akademik pelajar di sini amat membanggakan. Ramai yang menyambung pelajaran di peringkat sijil, diploma dan ijazah di pelbagai Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA dan IPTS) di dalam dan luar negara.

Anak-anak muda ini bukan sahaja berdedikasi dalam pelajaran malah mereka juga aktif dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan di Kampung Sagil Parit 3. Apabila terdapat gotong-royong di kampung, golongan muda inilah yang paling ramai menghulurkan bantuan. Penglibatan generasi muda dalam aktiviti seperti ini menjadi contoh kepada pelapis generasi akan datang.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK