Air Terjun Gunung Ledang menjadi tumpuan pelancong

Lagenda Gunung Ledang Menjadi Tarikan

 
Jalan utama ke Taman Negara Johor Gunung Ledang
 
G

unung Ledang kaya dengan pelbagai kisah dan legenda. Suatu ketika dahulu Gunung Ledang pernah dikaitkan dengan kisah Puteri Gunung Ledang yang dilamar oleh Sultan Melaka, iaitu Sultan Mahmud Shah ketika zaman kepahlawanan Hang Tuah.

Terletak kira-kira 10 km dari Kampung Sagil Parit 3, Gunung Ledang merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia dengan ketinggian 1,276 meter. Gunung Ledang kaya dengan pelbagai spesies flora yang sukar ditemui di dalam hutan-hutan lain. Jika anda mendaki Gunung Ledang sehingga ke puncak, anda boleh melihat Selat Melaka dan Kepulauan Sumatera, Indonesia dengan jelas.

“Gunung Ledang kaya dengan pelbagai kisah dan legenda”

 
   

Kedinginan air terjun menjadi tumpuan para pelancong terutamanya pada hujung minggu dan musim cuti sekolah. Meneroka keindahan alam semula jadi di Gunung Ledang pastinya mengundang kembali nostalgia kisah Puteri Gunung Ledang. Kicauan unggas serta suasana yang menghijau pastinya membawa seribu erti kepada pencinta alam semula jadi.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK