Masyarakat Sihat Kehidupan Sempurna
erdapat sebuah klinik desa di Kampung Sagil Parit 3. Klinik Desa Kampung Sagil dikendalikan oleh dua orang Jururawat Masyarakat (JM). Objektif utama penubuhan klinik desa adalah untuk meningkatkan mutu kesihatan penduduk kampung melalui perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan. Antaranya pemeriksaan untuk ibu mengandung dan rawatan perkembangan serta imunisasi kanak-kanak.
Doktor daripada hospital yang terdekat sentiasa membuat pemantauan ke Klinik Desa Kampung Sagil dari masa ke semasa. Kemudahan kuarters yang disediakan untuk Jururawat Masyarakat turut memudahkan penduduk kampung merujuk kepada jururawat tersebut pada bila-bila masa, lebih-lebih lagi sekiranya melibatkan hal-hal kecemasan.
|