Lokasi Strategik Memudahkan Kawalan Keselamatan

K

eselamatan merupakan suatu agenda penting yang dititikberatkan oleh penduduk di Kampung Sagil Parit 3. Sekiranya terdapat sebarang masalah atau kes jenayah, penduduk kampung akan merujuk ke balai polis yang terletak di Pekan Sagil.

Kedudukan Balai Polis Pekan Sagil yang strategik, iaitu di tengah-tengah kawasan pekan memudahkan penduduk kampung mendapatkan bantuan keselamatan. Warga kerja yang cekap dan pantas sering kali merungkai kes-kes jenayah yang berlaku di dalam kawasan pentadbiran mereka.

Selain itu, Pertubuhan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) diwujudkan untuk membantu memantau keselamatan penduduk kampung. Rondaan secara bergilir-gilir mengikut jadual yang telah ditetapkan sedikit sebanyak membantu menjaga keselamatan kampung. RELA Kampung Sagil Parit 3 pernah membantu pihak berkuasa membenteras kegiatan pendatang tanpa izin (PATI) yang bersembunyi di kawasan ini. Selain itu mereka turut membantu menjaga lalu lintas di majlis-majlis rasmi atau kenduri kahwin yang di anjurkan sekitar kampung.

 
 
Penafian | Laman Web KTAK