Isi Dengan Kuku
ampung Sagil Parit 3 diapit oleh beberapa buah perkampungan Melayu Tradisional iaitu Kampung Sagil Parit 1, Kampung Sagil Parit 2 dan Kampung Melayu Raya. Hubungan antara penduduk Kampung Sagil Parit 3 dengan penduduk kampung-kampung berhampiran diibaratkan seperti isi dengan kuku.
Keakraban dan keserasian timbul melalui kerjasama dan permuafakatan yang sekian lama diterapkan dalam jiwa penduduk di sini. Pelbagai aktiviti yang melibatkan penduduk Kampung Sagil Parit 3 dan kampung sekitar sering diadakan bagi merapatkan ikatan silaturahim yang terjalin. Antaranya Sukan Komuniti, Program Bersama Rakyat, Pertandingan Kompang dan Pertandingan Bola Sepak.
Pekan yang terletak paling hampir dengan Kampung Sagil Parit 3 ialah Pekan Sagil yang menjadi tumpuan para penduduk kampung melakukan pelbagai urusan harian. Selain Pekan Sagil, ada juga penduduk yang pergi ke Bandar Muar dan Bandar Segamat. |