Pertanian Pemacu Ekonomi
egiatan pertanian merupakan pemacu utama ekonomi penduduk Kampung Sagil Parit 3. Tanah pamah yang subur serta sistem ekologi yang masih kekal terpelihara menyebabkan kegiatan pertanian di sini berkembang hari demi hari.
| |
 |
| |
| Titisan susu getah yang menjadi sumber rezeki bagi penduduk Sagil |
|
Pokok getah merupakan tanaman premier di sini. Hampir 75 peratus penduduk Kampung Sagil Parit 3 bekerja sebagai penoreh getah. Tanaman sokongan yang turut menjana ekonomi penduduk kampung ialah kelapa sawit. Hanya segelintir penduduk kampung yang mengusahakan kebun-kebun sawit di sekitar kawasan kampung. Harga buah sawit yang semakin meningkat di pasaran dunia mendorong para penduduk bergiat dalam penanaman pokok ini.
Selain itu, ada juga beberapa orang penduduk yang mengusahakan tanaman sayur-sayuran bagi menampung taraf hidup yang semakin meningkat saban hari. Bagaimanapun, tanaman kontan yang diusahakan hanya secara kecil-kecilan sahaja.
Para belia kampung pula kebanyakannya sudah berhijrah ke kota-kota besar demi mencari rezeki dan pengalaman hidup yang lebih sempurna. Ada juga yang bekerja di dalam sektor perindustrian di sekitar Bandar Segamat dan Bandar Muar.
|