Gunung Ledang atau Mountain Ophir dikenali kerana kisah Puteri Gunung Ledang yang menjadi sebutan masyarakat sehingga kini. Gunung ini mempunyai keindahannya yang tersendiri. Ia juga masih kaya dengan pelbagai spesies tumbuhan yang sukar ditemui di tempat-tempat lain.
Bagi pengunjung yang ingin mendaki sehingga ke puncak gunung ini, boleh memilih untuk menggunakan beberapa “trail” yang telah disediakan khas. Antaranya Asahan Trail dan Ulu Jementah Trail. Pemandangan di atas puncak Gunung Ledang sememangnya indah. Pendaki dapat melihat Selat Melaka dan sekitar Daerah Tangkak sayup-sayup dari kejauhan. Satu panorama yang mengasyikkan!
|