Belia Kritis
elia adalah tunjang dalam kejayaan dan kestabilan sesebuah negara. Untuk melahirkan golongan belia yang ampuh serta berfikiran kritis dalam menempuhi apa jua rintangan dan onak duri, pelbagai aktiviti dirancang khusus untuk golongan ini.
Biro Belia dan Sukan Kampung Sagil Parit 3 sentiasa menganjurkan kegiatan yang dapat memajukan para belia kampung. Antara aktiviti sukan yang sering dianjurkan ialah Pertandingan Sepak Raga, Pertandingan Bola Sepak dan Pertandingan Badminton. Belia wanita pula aktif dalam sukan senamrobik, bola jaring, kelas agama dan sebagainya.
Kegiatan kebudayaan dan kesenian juga turut dipupuk di kalangan para belia. Latihan kompang, nasyid, tarian zapin dan permainan tradisional sering dijalankan di sini. Aktiviti ini secara tidak langsung mendedahkan generasi muda kepada adat serta nilai murni tradisional masyarakat Melayu.
|