Aktif Dalam Aktiviti Kemasyarakatan
elain mengalas tugas sebagai suri rumah, wanita juga memenuhi aktiviti harian mereka dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan AJK Masjid. Selain itu, wanita juga menyertai kelas marhaban dan berzanji. Mereka sering diundang untuk mengadakan persembahan dalam majlis-majlis tertentu terutamanya pada sambutan Hari Raya dan majlis perkahwinan.
 |
| Kelas agama di Masjid Kariah Sikamat |
|
Selain itu, terdapat beberapa kelas yang dianjurkan pada sebelah petang di Masjid Kariah. Kelas agama diadakan pada setiap hari Selasa bermula jam 5.00 petang. Kebanyakan yang hadir merupakan golongan wanita berusia 40 tahun ke atas. Kelas tafsir pula diadakan setiap hari Sabtu dan Ahad pada pukul 9.00 pagi. Di samping itu, AJK Masjid Kariah dengan bantuan Pusat Pembangunan Keluarga Islam mengadakan beberapa aktiviti ceramah tentang pendedahan wanita terhadap bidang perniagaan. Antaranya, penceramah yang dijemput khas dari Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan menekankan tentang penghasilan produk makanan yang boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan.
|