Merapatkan Jurang Digital

P
 
 
Perpustakaan Desa Masjid Kariah Sikamat

emberian Perkhidmatan Sejagat (USP) ialah salah satu projek kemasyarakatan yang dikendalikan oleh Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) dengan kerjasama agensi-agensi swasta yang lain. Melalui program USP, kampung-kampung yang terpilih diberi peralatan komputer untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat dalam bidang teknologi maklumat. Peralatan-peralatan tersebut diletakkan di perpustakaan desa atau klinik desa yang bertujuan merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar

Tapak perpustakaan ini merupakan bekas tapak dua bilik darjah Sekolah Agama Rakyat Masjid Kariah Sikamat. Pengurusan Masjid Kariah dan Sekolah Agama Rakyat Masjid Kariah bersetuju untuk mengubah suai dua bilik darjah itu menjadi perpustakaan desa.

 
Kanak-kanak di Perpustakaan Desa Masjid Kariah Sikamat
 

Penggunaan perpustakaan desa kini tidak terhad kepada pinjaman dan pemulangan bahan bacaaan sahaja tetapi meliputi penggunaan internet. Perpustakaan seperti ini juga menjadi tempat kepada pelajar-pelajar berbincang mengenai pelajaran pada hujung minggu atau selepas waktu belajar di sekolah.Perpustakaan Desa Masjid Kariah menerima Anugerah Khas dari Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan Malaysia (KEKWA) berikutan sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung yang datang ke perpustakaan desa ini dan juga aktiviti-aktiviti yang sering dijalankan. Pelbagai aktiviti dianjurkan antaranya ialah seperti pra tonton filem Mahsuri dan Puteri Gunung Ledang. Juga diadakan pertandingan-pertandingan berkala seperti Kuiz Jumble Trouble, Pertandingan Info Hunt dan pelbagai yang lain.

Perpustakaan beroperasinya dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat. Perpustakaan ini mempunyai kira-kira 1,000 orang ahli berdaftar di kalangan penduduk kampung daripada pelbagai peringkat. Jumlah keahlian yang sebegitu ramai antara faktor ia menerima anugerah khas yang dimaksudkan.

Waktu Perkhidmatan :

Isnin – Jumaat : 9.00 pagi – 4.45petang (Minggu pertama dan ketiga)
Selasa – Sabtu : 9.00 pagi – 4.45 petang (Minggu kedua, ketiga, dan kelima)


 
 
Penafian | Laman Web KTAK