Makam Tuan Haji Said

D

ahulunya sebelum merdeka, kawasan ini merupakan kawasan komunis dan diliputi oleh hutan belantara. Setelah komunis berundur, kawasan ini menjadi penempatan kaum-kaum Cina. Lama-kelamaan kaum Melayu mula berpindah ke situ dan menjadikan kawasan tersebut sebagai penempatan tetap mereka. Kawasan-kawasan ini semakin membangun dan semakin banyak kawasan menjadi pilihan pemaju untuk dijadikan tapak perumahan. Kini, kawasan Sikamat telah menampung lebih daripada 50,000 orang penduduk yang menghuni di lebih 30 buah taman.

 
 
Makam Tuan Haji Said

Menurut penduduk sekitar Sikamat, Makam Tuan Haji Said sering dikaitkan dengan nama Sikamat. Nama sebenar beliau adalah Sheikh Haji Muhammad Said Al Linggi dan merupakan seorang ahli ulama terkenal di Negeri Sembilan. Beliau mengajar agama di sekolah pondok serta memberi ceramah di seluruh Negeri Sembilan dan sekitarnya. Selain itu, beliau turut mengarang kitab-kitab agama. Beliau meninggal dunia pada tahun 1962 dan dikebumikan di Seremban. Bagi mengenang sumbangannya terhadap pembangunan agama di kawasan itu, sebuah sekolah menengah agama dan sebuah tanah perkuburan telah dinamakan sempena nama beliau iaitu Sekolah Menengah Agama Sheikh Muhammad Said di Seremban serta Makam Tuan Haji Said.

Menurut Encik Zainal, salah seorang AJK JKKK di situ, terdapat banyak perubahan yang disaksikan oleh beliau sendiri. Infrastruktur di Sikamat jauh lebih baik berbanding waktu dahulu. Pembinaan masjid yang dilakukan pada tahun 2003 telah menelan belanja sebanyak RM 5.9 juta dan boleh memuatkan sehingga 5,000 orang. Masjid itu juga kini telah menjadi pusat bagi masyarakat Islam berkumpul dan menjalankan aktiviti keagamaan di situ. Rumah-rumah kampung yang dahulunya berdindingkan papan kini bertukar wajah menjadi sebuah taman perumahan. Kampung Ujung Pasir yang merupakan salah satu kampung di dalam Sikamat pernah menggondol tempat ketiga bagi Anugerah Kampung Tercantik peringkat kebangsaan beberapa tahun lalu.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK