Masyarakat Majmuk Sikamat
ianggarkan kira-kira 63,000 orang penduduk yang menetap di sini. Kawasan Sikamat mempunyai 33 buah taman-taman kecil dan dihuni oleh masyarakat majmuk. Sebanyak 54 peratus kaum Melayu yang beragama Islam menetap di sini. Kaum Cina pula merupakan kaum kedua terbesar dengan pecahan sebanyak 34 peratus. Manakala sembilan peratus daripada penduduk di situ ialah kaum India dan selebihnya iaitu satu peratus terdiri daripada kaum-kaum lain seperti Jawa, penduduk Sabah dan Sarawak.
Majoriti penduduk di sini bekerja makan gaji di badan-badan kerajaan dan swasta yang terdapat di kawasan sekitar. Masyarakat majmuk di sini tidak menjadikan perbezaan kaum sebagai batu penghalang untuk mereka berinteraksi dan menjalinkan hubungan sesama mereka. Mereka masih lagi mengekalkan ciri-ciri masyarakat dahulu seperti tegur-menegur di antara penduduk, bantu-membantu dan beberapa sifat-sifat murni yang lain.
|