Tanaman Kecil-kecilan
ektor pertanian dikategorikan sebagai sumber pendapatan sampingan penduduk di Sikamat. Struktur geografinya yang berbukit-bukau menjadikan tanah di situ sesuai untuk dijadikan kawasan pertanian. Tanah pertanian ini sudah diusahakan sejak dari zaman kemerdekaan lagi. Kawasan pertanian seluas padang bola sepak diusahakan oleh kaum Cina yang juga merupakan penduduk di Sikamat.
| |
 |
| |
| Aktiviti pertanian banyak diusahakan oleh penduduk tempatan untuk pasaran tempatan |
|
Petani-petani di Sikamat menjalankan aktiviti secara individual dengan menggunakan modal sendiri. Tanaman yang difokuskan adalah sawi dan kangkung. Mereka menggunakan baja organik untuk kesuburan tanaman. Tidak hairanlah, petani-petani masih lagi menggunakan cara tradisional dengan menggunakan cangkul untuk membajak tanah. Tulang empat kerat digunakan sepenuhnya untuk menuai hasil tanaman mahupun penanaman benih-benih baru. Hasil-hasil tuaian biasanya dijual di pasar tani di sekitar Seremban.
|