Meningkatkan Tahap Pendidikan

P

endidikan merupakan aspek yang terpenting dalam sesebuah komuniti masyarakat. Pendidikan formal penting untuk membimbing pelajar-pelajar memilih kerjaya yang betul. Sikamat hanya mempunyai sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Sikamat manakala terdapat enam buah sekolah menengah di kawasan-kawasan berhampiran seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Redza, Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Ampuan Durah, Sekolah Menengah Kebangsaan Sains Seremban, Sekolah Menengah Kebangsaan Sheikh Ahmad dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Haji Mohd Said.

 
Persekitaran yang selesa di Kolej Tunku Kurshiah
 

Nama Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Haji Mohd Said diambil sempena seorang ulama yang terkenal di situ. Sekolah berasrama penuh, Kolej Tunku Kursiah juga berdekatan dengan kawasan Sikamat yang merupakan antara pusat pembelajaran terulung serta menjadi impian kebanyakan pelajar untuk memasuki sekolah itu. Terdapat juga sebuah institusi perguruan iaitu Institut Perguruan Raja Melewar yang memberi latihan kepada bakal-bakal tenaga pengajar dalam pelbagai cabang pendidikan. Terdapat juga sebuah universiti awam iaitu Universiti Teknologi Mara Cawangan Seremban yang menyediakan peluang pendidikan kepada pelajar-pelajar seluruh Malaysia untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

 
 
Bakal pendidik dilahirkan di Institut Perguruan Raja Melewar ini

Pencapaian akademik pelajar di sini adalah di tahap membanggakan. Kebanyakan pelajarnya melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pendidikan Swasta (IPTS) di seluruh Malaysia selain ke kolej-kolej atau institusi kemahiran.

 

 

 

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK