Tasik Tumpuan Hujung Minggu

T

aman Tasik Seremban merupakan pusat rekreasi yang popular di Seremban. Taman ini berjaya menarik perhatian pengunjung terutamanya pada hari cuti dan hujung minggu. Taman Tasik Seremban merupakan salah satu taman tasik yang tertua di Malaysia. Taman ini dihiasi dengan tanaman-tanaman pokok tropika, pelbagai jenis bunga-bungaan serta panorama dua buah tasik yang indah dan mendamaikan. Pelbagai kemudahan disediakan di sini seperti permainan kanak-kanak, trek joging dan sebuah pentas terapung. Pentas ini sering digunakan untuk pelbagai program kemasyarakatan dan Program Hiburan Sekeluarga Seremban yang diadakan pada setiap hari Sabtu minggu kedua dan keempat.

Kawasan Taman Tasik yang berkeluasan tiga hektar ini meliputi Taman Malaysia dan Taman Lalu Lintas Kanak-kanak SHELL. Lokasinya yang strategik dan berhampiran dua buah hotel menggalakkan pelancong luar mengunjungi taman ini untuk beristirehat. Taman ini telah dibangunkan semula pada tahun 2000 dengan anggaran kos sebanyak RM5 juta. Taman Tasik Seremban kini memasuki Fasa Ketiga dalam Program Naik Taraf melibatkan anggaran kos sebanyak RM 3 juta.

 

 
 
Penafian | Laman Web KTAK